Happy Chinese New Year!

chinese_dragon

The Chinese New Year Holidays will start on 24.1.09 [Saturday] to 1.2.09 [Sunday]. On the 2.2.09 (Monday), it is a Federal Territory holiday. So, school will resume on 3.2.09 [Tuesday].

Happy Chinese New Year! May your wish come true this year.

Announcement: Holidays and replacements

Below is the announcement that is given to the student today to alert their parents on which day are holidays and which are for replacement. All the information is on the image below please have a view.
holidays-n-replacement

Click it to have a bigger view. Thank you!~

Takwim 2009

This is the time table for the whole year of 2009. Some of the event may change due to uncertain event may happen in the future. Thank you!~

School curriculum 2009

Below is the update for this year [2009] curriculum activities, rules and regulations. These information have been extracted from the files that Encik Abdul Aziz our koko teacher given to me. If you don’t want to read the following you can have a copy of the whole thing [Click here].

sesi-pagi

sesi-petang

Please click them for a bigger view. Thank you~

GARIS PANDUAN PENGURUSAN KOKURIKULUM  2009

1.  Aktiviti pada hari Isnin, Selasa,Rabu & Khamis
Bagi aktiviti yang bukan program khas sekolah , tidak boleh dijalankan pada hari lain  kecuali mendapat kebenaran khas  daripada  pihak pengurusan sekolah.

2. Jurulatih untuk Kelab, Persatuan , Kelab Sukan & Permainan dan Pasukan Badan Beruniform
Khidmat jurulatih dan fasilitator ( jika diperlukan )  mesti mendapat kebenaran daripada pihak sekolah.

3. Peserta Luar & Penyertaan Luar
Mana-mana Persatuan, Kelab dan Pasukan Badan Beruniform tidak dibenarkan mengundang peserta-peserta dari sekolah lain atau menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah lain  melainkan terlebih dahulu  mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak sekolah.

4. Perancangan aktiviti
4.1    Semua perancangan aktiviti besar mesti dibuat beberapa minggu lebih awal.
4.2    Jika perkhemahan yang dijadualkan di luar sekolah dibatalkan, aktiviti tersebut
tidak boleh diadakan pula di sekolah melainkan dengan persetujuan pihak
pentadbir.
4.3    Guru Penasihat mestilah bersama-sama  dengan murid dalam membuat     perancangan dan menjalankan sebarang aktiviti .
4.4    Kegagalan mematuhi arahan yang telah ditetapkan akan menyebabkan Kelab /
Persatuan / Pasukan Badan Beruniform tersebut diambil tindakan .

5. Prosedur membuat permohonan untuk aktiviti-aktiviti besar seperti lawatan
5.1 Untuk mengelakkan berlakunya kekeliruan, protokol  yang perlu diikuti adalah
seperti berikut;

[Murid —>    Guru Penasihat —>   Pen.Kanan Kokurikulum]

5.2  Surat kebenaran untuk mengadakan aktiviti di luar jadual biasa ( jika ada )
hendaklah ditandatangani oleh Penolong Kanan Kokurikulum dan ditunjukkan
kepada guru yang bertugas pada hari tersebut.
5.3  Semua aktiviti termasuk aktiviti bermalam hanya dibenarkan dengan kebenaran     Pengetua dan kawalan guru.
5.4    Keadaan sekolah mestilah bersih selepas aktiviti selesai.

6. Buku Laporan Aktiviti Mingguan

Buku ini adalah hak sekolah, hanya boleh disimpan oleh Guru Penasihat dan di letakkan di pejabat. Murid tidak dibenarkan membawa balik buku ini untuk membuat laporan. Buku ini hendaklah sentiasa berada di pejabat supaya senang dirujuk sekiranya perlu.

7. Surat kebenaran ibu bapa
7.1    Sebarang aktiviti-aktiviti lawatan, perkhemahan serta yang melibatkan aktiviti di luar sekolah mestilah dimaklumkan secara bertulis kepada ibu bapa / penjaga . Surat dari pihak sekolah kepada ibu bapa / penjaga perlu diisi dalam satu salinan dan dihantar kepada ibu bapa / penjaga .
7.2    Keratan / slip  kebenaran ibu bapa hendaklah diisi dalam satu salinan untuk aktiviti-aktiviti ini .
7.3    Pastikan keratan / slip kebenaran ini dikutip sebelum pelajar dibawa keluar / aktiviti dijalankan .

8. Peraturan Berpakaian
Murid hanya dibenarkan memakai pakaian berikut untuk aktiviti kokurikulum;
(i)    Pakaian sekolah  ( utk aktiviti persatuan / kelab berbentuk ‘indoor’)
( ii)      T-shirt rumah sukan sekolah // t-shirt putih ( aktiviti sukan / permainan )
(iii)    Seluar track-bottom sekolah berwarna hitam atau biru gelap
(iv)    Kasut sekolah / kasut sukan
(v)    Pakaian seragam pasukan badan beruniform ( penuh / separuh ) – wajib
pada setiap hari Rabu

9. Logo / Lambang  Persatuan / Kelab / Kelab Sukan & Permainan
Setiap persatuan digalakkan  memperkenalkan logo tetap mereka yang mempunyai identiti sekolah dan diluluskan oleh pihak sekolah.

10. Latihan permainan
Latihan permainan tidak boleh diadakan semasa kelas sedang diadakan.

11. Pengiktirafan wakil sekolah
11.1     Pelajar yang mewakili sekolah tidak boleh mempunyai rekod salahlaku atau
ketidakhadiran yang tidak memuaskan .
11.2    Pelajar yang mempunyai rekod salahlaku ( atau ketidakhadiran yg tidak    memuaskan) sebelum pertandingan diadakan, tidak akan dipilih sebagai wakil
sekolah .

12. Tuntutan
Nilai tuntutan berubah dari tahun ke tahun mengikut bajet semasa.

13. Kehadiran Guru Penasihat

Guru Penasihat diminta menandatangani kehadiran mereka untuk setiap aktiviti Kokurikulum di Buku Kehadiran Guru Penasihat Kokurikulum yang ada di pejabat.

14. Pertandingan MSSMKL/ Luar Musim
14.1     Surat Kebenaran ibu bapa hendaklah diperoleh daripada pihak sekolah dan
dilengkapkan serta ditandatangani oleh ibu bapa/penjaga. Guru Penasihat
hendaklah memastikan perkara ini dilaksanakan supaya tidak akan timbul
sebarang kesulitan selepas aktiviti dijalankan.
14.2    Murid yang TIDAK mendapat kebenaran ibu bapa/penjaga dilarang
mengambil bahagian.
14.2     Setiap pertandingan yang disertai hendaklah diuruskan dan disertai oleh Guru
Pengiring selaku Pengurus Pasukan.
14.3     Guru Pengiring adalah bertanggungjawab kepada pelajar sebelum,semasa dan selepas pertandingan. Guru Pengiring hendaklah memastikan semua pelajar
balik  sebelum Guru Pengiring beredar.

15. Bayaran Tahunan
Bayaran tahunan bagi Kelab / Persatuan , Pasukan Badan Beruniform, Kelab Sukan & Permainan dan Rumah Sukan adalah dicadangkan pada RM 3.00 setahun / setiap aktiviti . Sebarang bayaran yang dikenakan adalah tertakluk kepada kelulusan anggota / ahli dalam Mesyuarat Agung Tahunan unit kokurikulum berkenaan . Nilai ini hendaklah dimaklumkan kepada pihak pentadbir sekolah.

16. Wang Persatuan / Kelab/ Pasukan Badan Beruniform / Kelab Sukan & Permainan dan Rumah Sukan
16.1    Semua wang persatuan / kelab / badan beruniform / kelab sukan & permainan / rumah sukan mesti dipegang oleh Guru Penasihat
16.2    Semua akaun kewangan hendaklah dikemas kini pada setiap hujung tahun dan
lebihan wang hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan  Kokurikulum.

17. Stok barang persatuan / kelab / kelab sukan & permainan / rumah sukan
Semua barangan yang dipunyai oleh unit-unit kokurikulum yang berkenaan mesti direkodkan stoknya  serta dinyatakan tempat simpanannya .

18. Peringatan
Semua perkara di atas hendaklah dijelaskan kepada AJK dan ahli Kelab / Persatuan / Badan Beruniform / Kelab Sukan & Permainan / Rumah Sukan pada mesyuarat pertama.

Objektif / Matlamat & Senarai Tugas Bidang Kokurikulum

Objektif / Matlamat

a)    Pengukuhan dan pengayaan perkara yang dipelajari dalam kelas dan peluasan pengalaman pelajar dalam bidang tertentu.
b)    Pembentukan sahsiah & konsep kendiri serta peningkatan disiplin di kalangan pelajar.
c)    Peningkatan tahap kesihatan, kesejahteraan diri , kecergasan fizikal, penyemaian nilai murni & pembentukan insan berakhlak.
d)    Penggunaan masa lapang yang berfaedah & bermakna serta pemupukan sikap positif selaras dengan hasrat Rukun Negara.
e)    Pemupukan interaksi & integrasi kaum, minat serta kecenderungan pelajar dalam kegiatan ko-kurikulum.
f)    Integrasi sosial yang bermakna dan mengeratkan hubungan dengan peningkatan kerjasama antara sekolah , ibu bapa dan masyarakat.
g)    Memperkembang dan meningkatkan kemahiran-kemahiran asas sesuatu permainan, persatuan akademik / kelab , rumah sukan dan badan beruniform.
h)    Menyediakan peluang penggunaan masa lapang secara berfaedah serta mengelak jenayah remaja.
i)    Pencapaian cemerlang dalam bidang sukan ke peringkat zon, negeri dan kebangsaan ..
j)    Melahirkan pemimpin  pelajar sebagai pelapis kepimpinan masa depan.

Jawatankuasa Induk Kokurikulum

1)    Merancang aktiviti kokurikulum sekolah : rancangan jangka panjang / jangka pendek.
2)    Mengadakan mesyuarat dari semasa ke semasa.
3)    Menentukan peraturan kokurikulum sekolah.
4)    Menentukan takwim dan jadual aktiviti.
5)    Memastikan penglibatan pelajar secara menyeluruh.
6)    Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat zon / negeri / kebangsaan.
7)    Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual kokurikulum.
8)    Menentukan tarikh Temasya Sukan Sekolah dan lain-lain kegiatan kokurikulum sekolah.
9)    Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan.
10)    Membuat anggaran perbelanjaan /  peruntukan kewangan yang akan digunakan.
11)    Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan pelajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang masing-masing.

Tugas Setiausaha Sukan & Penolong Setiausaha Sukan
( Penyelaras Sukan / Permainan )

1)    Menyelaraskan semua aktiviti sukan sekolah.
2)    Menyediakan takwim dan jadual aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti MSSKL/MSSM.
3)    Membantu Pengetua/PK Kokurikulum mengagih tugas guru dalam olahraga dan permainan.
4)    Menetapkan dasar penempatan pelajar dalam rumah sukan.
5)    Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan.
6)    Menyelaras penyertaan sekolah dalam akiviti luar sekolah
7)    Menyimpan dan mengemaskini  buku stok dan inventori peralatan sukan.
8)    Menyediakan peraturan penggunaan peralatan, gelanggang dan kemudahan sukan.
9)    Menyediakan laporan lengkap semua aktiviti sukan sekolah dan luar sekolah untuk edaran / rujukan / rekod.
10)    Sentiasa berbincang dengan Pengetua/PK Kokurikulum untuk kepentingan sukan sekolah.

Tugas Penyelaras Persatuan / Kelab / Pasukan Badan Beruniform

1)    Mengatur dan menyedia perjalanan persatuan akademik / kelab / badan beruniform .
2)    Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat.
3)    Menyelaraskan semua aktiviti.
4)    Menentukan laporan aktiviti, surat menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik.
5)    Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan diadakan setiap tahun pada tarikh yang telah ditetapkan.
6)    Memastikan peraturan / perlembagaan  direkod dan difailkan.
7)    Menguruskan buku-buku kokurikulum.
8)    Mengumpulkan rancangan tahunan pada awal tahun untuk edaran / rujukan / rekod.
9)    Mengumpulkan laporan tahunan  untuk edaran / rujukan / rekod.
10)    Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian kokurikulum sekolah.

Tugas Guru Persatuan  / Kelab / Pasukan Badan Beruniform

1)    Membentuk AJK persatuan / kelab / badan beruniform .
2)    Memastikan aktiviti-aktiviti selaras dengan objektif sekolah.
3)    Memastikan adanya peraturan / perlembagaan.
4)    Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti yang dicatat dalam Perlembagaan.
5)    Merancang aktiviti tahunan bersama pelajar dan menyerahkannya kepada Penyelaras.
6)    Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
7)    Merancang strategi untuk peningkatan persatuan / kelab / badan beruniform .
8)    Membuat anggaran pendapatan / perbelanjaan.
9)    Mengurus kewangan dan hartabenda / peralatan persatuan / kelab / badan beruniform .
10)    Menentukan minit mesyuarat dan laporan kegiatan disediakan dan difailkan.
11)    Melaporkan kegiatan kepada Penolong Kanan Kokurikulum.
12)    Bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menjayakan aktiviti / hari khas kokurikulum  dan lain-lain.
13)    Menguruskan surat menyurat dan segala keperluan untuk kegiatan luar sekolah.
14)    Menentukan papan kenyataan digunakan dengan sepenuhnya.
15)    Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan ahli.
16)    Mencadangkan nama ahli-ahli yang layak menerima sijil kepada JK.

Tugas Ketua  Guru Rumah Sukan

1)    Memastikan adanya senarai ahli rumah sukan yang lengkap (guru dan pelajar)
2)    Membuat pengagihan tugas kepada semua ahli rumah sukan.
3)    Menjalankan mesyuarat agung  & pemilihan AJK rumah sukan ; meliputi olahraga & permainan .
4)    Menentukan guru rumah untuk menjadi pengadil / pengawas dalam pertandingan peringkat sekolah.
5)    Sentiasa berbincang dengan Setiausaha Sukan / Penyelaras Rumah Sukan / Penyelaras Permainan / PK Kokurikulum .
6)    Memastikan laporan aktiviti rumah sukan untuk edaran / rujukan / rekod.
7)    Melaporkan pencapaian cemerlang pelajar untuk dicalonkan sebagai wakil sekolah.
9)   Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa .

Tugas Ketua Guru Permainan

1)    Menjalankan mesyuarat agung & membentuk jawatankuasa.
2)    Merancang aktiviti untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat pelajar dalam permainan.
3)    Memastikan undang-undang permainan dan perlawanan dipatuhi.
4)    Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual & takwim ko-kurikulum sekolah.
5)    Menganjurkan perlawanan antara rumah sukan / kelas .
6)    Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar sekolah.
7)    Menguruskan surat kebenaran ibu bapa / penjaga untuk pertandingan luar sekolah.
8)    Melapor dan merekodkan keputusan-keputusan yang disertai.
9)    Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan.
10)    Menyemai semangat kesukanan di kalangan pelajar.
11)    Menentukan peralatan dan permainan sentiasa dalam keadaan baik, selamat dan mencukupi untuk digunakan.
12)    Merancang aktiviti tahunan dengan S/U Sukan / Penyelaras Permainan .
13)    Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil tindakan untuk mempertingkatkannya.
14)    Melaporkan pencapaian cemerlang pemain / pasukan  dalam zon / negeri / negara .

15)    Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.

Tugas Guru Rumah Sukan / Permainan

1)    Mengurus latihan rumah sukan / permainan pada hari yang ditetapkan.
2)    Guru dan pelajar wajib hadir pada waktu latihan rumah sukan / permainan.
3)    Memilih dan melatih pasukan olahraga & permainan untuk Temasya Sukan Sekolah serta lain-lain pertandingan .
4)    Menghantar nama peserta yang berpotensi untuk pemilihan wakil sekolah.
5)    Memastikan kedatangan pelajar direkodkan dan mengambil tindakan terhadap pelajar yang tidak hadir.
6)    Mengawasi keselamatan pelajar semasa latihan.
7)    Menyemai semangat kesukanan di kalangan pelajar.
8)    Sentiasa berbincang dengan Ketua Guru Rumah Sukan / Ketua Guru Permainan untuk meningkatkan prestasi rumah sukan / permainan .

School start!~

Chines e ox

Good bye holidays and welcome back student for a new year await us in 2009. It will be a hell of a fun year with lots of activities in store for the students so embrace yourself for the experiences and enjoyment that you will gain through out the year.

The gallery page been updated with new images taken today 05/01/09. If you have some time please do check it out.

For more updates please stay tune!~

Its end today

It’s have finally ended and the student can have one and a half month long break from school. Teachers and students can take this time to rejuvanate and relax themself before coming back to school. If I’m not wrong the school will start at 4th of January 2009. Be sure to come back next year! Happy holidays and be safe.

Happy Halloween

I want to wish you all a happy Halloween in advance. I know Halloween is tomorrow [31/10/08]. Are you celebrating this holidays? Well, for me I don’t really celebrate it but I do love the costumes people make or buy with all the fake blood and make up they are really awesome looking, in my life I have seen some really professional costume dress up it’s so realistic. I do watch horror flicks on that day as you know here is not U.S. we can’t go around dress up to ring peoples door bell and trick or treat. Right?..

But you can still go to your friend party with your dress up on. If your going what kind of costumes you’re gonna wear?

Happy Deepavali

I just want to wish you all a Happy Deepavali today! and have a hell lot fun today and tomorrow. I wish you all the best!

Updates

Well, the PMR for the form three students have ended last week. Everything seem to back to normal just another 3 weeks to go before holidays arrive. The holidays for this year consisting of 7 weeks only for public school holidays. It’s sad.. I know.

The Deevapali festival is just around the corner are you going to your friends open house? or maybe go on a vacation? The school will be giving the student 2 days of holidays just for that festive season. So, enjoy and relax yourself don’t always so stress about school work or relationships. We must live life to the max!

One more thing. Have you notice about the new layout? What do you think about it? And also I have also change the header and a lots of other updates as well. Check around!

Hari Anugerah Kokorikulum

Guess what! Tomorrow is the day of ‘Hari Anugerah Kokorikulum’. It will be a hell a lot fun for the student as we can see some selected few to perform in front of the stage. From what i know tomorrow will also include a talent show.. maybe. The time will be from morning till recess time.

Remember to come tomorrow! From what I heard a lot are not coming because they say it gonna be boring.